Wednesday, January 16, 2008

ALLAH MENOLAK KORBAN TANPA TAQWA

ALLAH MENOLAK KORBAN TANPA TAQWA

“Daging-daging sembelihan korban kamu dan darahnya semata-mata tidak mencapai keredaan Allah tetapi taqwa kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah di atas petunjuk-Nya kepada kamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik”. (Surah al-Haj: 37)


Mereka yang mendirikan sembahyang, yang membelanjakan harta yang Kami beri rezeki kepadanya, mereka beriman kepada kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadamu dan kitab yang diturunkan dahulu daripadamu dan kepada hari akhirat mereka sangat yakin. Mereka itulah orang yang mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah juga orang-orang yang mendapat kejayaan. (Surah al-Baqarah: 2-5)

AKHLAK RASULLULLAH SAW

AKHLAK RASULULLAH S.A.W

Bulan Rabiul Awal merupakan salah satu dari bulan yang bersejarah kepada seluruh umat Islam kerana pada bulan inilah, junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW diputerakan. Kita sepatutnya menyingkap kembali sejarah perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan Islam yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan seperti ancaman bunuh, hinaan, fitnah dan sebagainya. Namun begitu, Rasulullah Saw tetap tabah dan sabar menghadapi segala ujian dan rintangan tersebut.

Oleh yang demikian, sempena dengan Hari Keputeraannya, marilah kita sambut dengan penuh keikhlasan agar kita akan kembali sedar dan insaf dengan perjuangan Rasulullah SAW seterusnya berusaha akan menjaga kesucian dan keagungan Islam sehinggalah ke hari kiamat.

Selain itu juga, kita haruslah mensyukuri rahmat Allah yang telah menurunkan seorang pemimpin agung yang telah berjaya mengubah suasana dan keadaan kehidupan manusia jahiliah pada ketika itu sehingga menjadi lebih baik. Namun begitu, sambutan maulidurrasul hendaklah dipenuhi dengan program ibadat dan aktiviti untuk memuliakan baginda Rasulullah Saw seperti bersalawat kepadanya disamping mengelakkan daripada perbuatan yang keji dan haram seperti pergaulan lelaki dan perempuan tanpa ada batas.

Firman Allah Swt yang bermaksud:

"Tidak kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam".(Surah al-Anbia' ayat 107)

Sesungguhnya Nabi Muhammad Saw merupakan Rasulullah yang ulung dan mempunyai darjat kelebihan daripada Nabi-nabi dan Rasul yang lain. Baginda telah diberikan kelebihan oleh Allah swt dan dikurniakan dengan berbagai-bagai mukjizat terutamanya Al-Quranul karim yang menjadi pertunjuk bagi umat Islam seluruhnya dan sesuai untuk segala zaman. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya mencintai Rasulullah Saw dengan begitu mendalam sekali kerana baginda mempunyai sifat peribadi yang tidak ada tolok bandingnya. Perasaan cinta tersebut tidak cukup hanya kita lahirkan dengan perkataan semata-mata dan dengan perayaan yang begitu hebat tetapi sebaliknya hendaklah kita berusaha meniru jejak langkahnya terutama sifat peribadinya yang mulia. Ini disebabkan oleh, dengan sifat peribadinya yang mulialah, baginda amat disanjung serta dikagumi oleh umatnya serta penciptanya iaitu Allah swt. Beliau telah diberi gelaran sebagai al-Amin ataupun yang bermaksud yang benar. Kita seharusnya mencontohinya sebagaimana:

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah Saw itu contoh teladan yang baik iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat dan keridaan di hari kiamat dan sebutlah nama Allah banyak-banyak." (Surah Al-Ahzab ayat 21).

Di samping itu, Allah Swt juga telah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) sebaik-baik makhluk dan mempunyai akhlak yang paling tinggi". (Surah Al-Qalam ayat 4)

Di antara akhlak Rasulullah SAW ialah baginda sentiasa bercakap benar dalam semua keadaan. Baginda tidak pernah berdusta dalam percakapannya disamping melakukan seperti mana yang diperkatakannya. Baginda juga bersifat amanah sejak dari kecil lagi. Ini terbukti apabila baginda diberikan kepercayaan menjalankan perniagaan Saiyidatina Khadijah. Baginda Rasulullah Saw juga bersifat adil walaupun terhadap keluarganya sendiri. Ini ditegaskan melalui sabdanya yang bermaksud:

" Demi Allah seandainya anakku Fatimah mencuri nescaya aku potong tangannya"

Rasulullah Saw juga mempunyai sifat keyakinan diri yang kental. Ini dibuktikan melalui kejayaannya menyebarkan dakwah Islam walaupun mendapat rintangan yang begitu kuat daripada orang-orang Arab pada waktu itu. Satu lagi diantara sifatnya yang amat menarik ialah, baginda merupakan seorang yang rajin berusaha dan tekun. Semasa zaman kanak-kanak, beliau telah mengembala kambing, berniaga ketika usia remaja dan seterusnya menyebarkan agama Islam ketika dewasa. Semasa melaksanakan tugasnya menyampaikan wahyu Allah kepada bangsa Arab, Rasulullah Saw tidak pernah menggunakan cara yang kasar dan menyakitkan hati sebaliknya baginda sentiasa berlemah lembut dan bersopan santun disamping tidak membeza-bezakan kedudukan para sahabatnya sama ada yang kaya ataupun miskin.

Di antara kisah kesabaran Rasulullah Saw didalam hidupnya ialah kisah bagaimana seorang perempuan tua yang suka mengganggu beliau dengan membaling sampah apabila Rasulullah Saw lalu di sebelah rumahnya. Tidak cukup dari itu, perempuan tua itu akan membaling sampah dan serpihan kaca di tempat yang akan dilalui oleh Rasulullah Saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah Saw lalu di sebelah rumahnya. Dalam hal ini, sedikit pun tidak diperdulikan oleh baginda Rasulullah Saw. Namun begitu, pada suatu hari semasa Rasulullah Saw lalu di sebelah rumah perempuan tua itu, beliau tidak melakukan perkara biasa sehingga menimbulkan rasa pelik kepada Rasulullah Saw. Lalu baginda bertanya kepada jiran perempuan itu dan diberitahu yang beliau jatuh sakit. Baginda Rasulullah Saw pun naik ke rumah perempuan tua itu untuk menziarahinya serta tolong memasakkan air untuknya. Budi pekerti Rasulullah Saw yang tinggi itu telah menyedarkan perempuan itu yang akhirnya memeluk Islam.

Satu lagi kisah ialah tentang kesabaran Rasulullah Saw iaitu, baginda Rasulullah Saw sering pergi ke pasar untuk menyuapkan makanan kepada seorang buta. Semasa disuapkan,, orang buta itu sering mengumpat Rasulullah Saw dan beliau tidak tahu yang beliau sedang berhadapan dengan Rasulullah Saw. Setelah baginda wafat, Saidina Abu Bakar telah bertanya kepada anaknya Siti Aisyah (isteri Rasulullah Saw) apakah lagi amalan harian Rasulullah Saw yang belum ditunaikan lagi. Lalu Siti Aisyah menjawab yang baginda Rasulullah Saw sering mengunjungi orang buta tersebut untuk menyuapkan makanan. Oleh yang demikian, Saidina Abu Bakar telah pergi mengunjungi orang tua itu dan cuba menyuapkan makanan. Tetapi semasa suapan yang pertama, orang buta itu terus marah dan bertanya "kenapa kamu suapkan makanan kepada aku"? Saidina Abu Bakar menjawab, "Aku adalah orang yang biasa", jawab orang buta tersebut,"kamu bukannya orang yang biasa kerana beliau seorang yang berlainan dan beliau menyuapkan aku dengan lembut". Lalu Saidina Abu Bakar menangis seraya menjelaskan kepada orang buta tersebut, orang yang biasa datang menyuapkan makan tersebut telah pun wafat dan beliau ialah Rasulullah Saw. Mendengarkan jawapan dari Saidina Abu Bakar, orang buta itu terkejut lalu memeluk agama Islam kerana terpesona dengan keluhuran budi pekerti Rasulullah Saw.

Akhirnya marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah swt, iaitu dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Hiasilah perbuatan seharian kita dengan menjadikan Islam sebagai the way of life. Maksudnya, perbuatan seharian kita mencerminkan sebenar-benar seorang Muslim yang bertaqwa kepada Allah Swt bermula daripada bangun mengerjakan solat Subuh sehinggalah selesai mengerjakan Solat Isyak dan tidur. Segala perbuatan dan gerak geri kita juga hendaklah ikhlas dan semata-mata mengharapkan keredaan Allah Swt.

Dengan lain perkataan, kita haruslah sentiasa menjaga hubungan diantara manusia dengan penciptanya (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas).
Dalam menjaga hubungan sesama manusia (hablumminannas), manusia seharusnya menyemai kedalam dirinya sifat-sifat yang baik seperti amanah, jujur, toleransi, berkasih sayang, hormat menghormati, bersangka baik, tolong menolong dan menjauhi dari sifat yang buruk seperti menfitnah orang lain, mengumpat, dengki mendengki, kedekut, menipu, menganiyai sesama manusia dan lain-lain lagi. Manakala hubungan diantara manusia dengan penciptanya (hablumminallah), kita hendaklah sentiasa melakukan segala suruhanNya dengan penuh ketaatan, ikhlas dan mengharapkan keredaanNya semata-mata serta meninggalkan segala laranganNya.

AKHLAK IBARAT BUNGA D TAMAN

AKHLAK IBARAT BUNGA D TAMAN

Akhlak adalah perkara penting selepas Iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekerti (Akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetapi tidak akan dinilai.

Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah swt. Contoh akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah saw. Allah telah berfirman bermaksud “Sesungguhnya engkau yakni Muhammad mempunyai akhlak yang sangat mulia” Surah Al-Qalam-ayat 4

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan.

Seseorang yang mempunyai badan sihat,gagah,tampan,menarik,berilmu,kaya atau berpangkat kalau mempunyai akhlak buruk dan perangai jahat tak ubah seperti harap muka yang cantik, tetapi mempunyai kesan guris luka yang berpanjangan.

Akhlak mulia atau hina terbit daripada jiwa atau hati. Jiwa seseorang itu saja yang akan menjadi pendorong menggerakan perbuatan yang baik atau tercela.

Tuesday, January 15, 2008

MUSTIKA HADITH

Ada tiga tanda orang munafik :
(a) Apabila berbicara ia dusta,
(b) Apabila ia berjanji ia mungkir,
(c) Apabila dipercayai ia berkhianat (Sahih.R.Bukhari,Muslim & Tirmidzi)

"Bergembiralah kamu dan orang orang di belakangmu, bahawa sesungguhnya barangsiapa bersaksi tiada Tuhan selain Allah dengan benar kesaksiannya ia masuk syuga." (Sahih.R.Ahmad & Thabra

"Izinkanlah orang orang perempuan pada malam hari(pergi solat) di Masjid. (Sahih.R.Ahmad,Muslim,Abu Dawud & Tirmidzi)

Barangsiapa dari umatku membaca selawat atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat." (Sahih.R.Ahmad)"

Jibril berkata:"Sesungguhnya Allah memerintahkan aku menyuruh para sahabat mengeraskan suara mereka dengan talbiyah, kerana ia(sebahagian)dari syiar-syiar haji". (Sahih.R.Ahmad, Ibnu Maajah, Ibnu Hibban & Haakim)"

Dua perkara yang tidak disenangi anak Adam:
(1) Mati - padahal ia lebih baik dari dugaan kesesatan;
(2) Harta yang sedikit - padahal ia meringankan hisab", (Sahih.R.Said bin Mansur & Ahmad)

"Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan:
(1)Syirik;
(2) Sihir;
(3)Membunuh jiwa yang diharamkan;
(4)Riba;
(5)Memakan harta anak yatim;
(6)Melarikan diri dari medan perang;
(7)Menfitnah wanita mukmin berbuat zina'.
(Sahih.R.Bukhari,Muslim,Abu Dawud & Nasaai)

"Sesungguhnya Allah s.w.t. menangguhkan(tidak dicatatNya)untuk umatku dosa yang dibisikkan oleh hatinya selama tidak dikatakannya atau dikerjakannya" (Sahih.R.Bukhari,Muslim,Abu Dawud,Tirmidzi,Nasaai & Ibnu Majah)

"Orang Yang paling banyak dosanya pada hari kiamat adalah yang paling banyak bicaranya tentang hal yang tidak diperlukannya" (Hasan.R.Ibnu Laal,Ahmad,Sajzi & Ibnu Najar)

"Orang yang paling utama adalah orang mukmin yang brjihad fi sabilillah dengan harta dan dirinya dan orang mukmin yang menjaga diri dari menyakiti orang orang lain" (Sahih.R.Ahmad,Bukhari,Muslim,Tirmidzi,Nasaai & Ibnu Majah)

"Orang yang paling utama darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang orang yang berzikir kepada Allah banyak-banyak" (Hasan.R.Tirmidzi)

"Datangilah ladangmu(isterimu) sebagaimana engkau suka, berilah dia makan apabila engkau makan,berilah dia pakaian apabila engkau berpakaian,janganlah engkau menghinanya atau memukulnya" (Hasan.R.Abu Dawud)

"Apabila hari sangat panas,maka dingin-dinginkanlah kamu dengan (merinkaskan)solat zohor,kerana seseungguhnya panas yang sangat adalah dari hembusan Jahanam" (Sahih.R.Bukhari,Muslim,Abu Dawud,Tirmizi& Nasaai)

"Apabila bangun pagi maka ucapkanlah: "Ya Allah dengan (kurnia) Mu kami menikmati suasana pagi dan petang,dengan (kurnia)Mu kami hidup dan mati kepadaMu tempat kami) kembali". (Hasan.R.Ibnu Majah & Ibnu Suni)

Apabila telah dekat (akhir)zaman(maka)hampir-hampir mimpi orang Islam tidak dusta ,dan orang yang paling benar mimpinya ialah yang paling benar percakapannya". (Sahih.R.Muslim&Ibnu Majah)

"Apabila salah seorang dari kamu beristinjak(mengusap tempat keluar air seni)maka hendaklah ia melakukannya dengan bilangan ganjil ". (Sahih.R.Ahmad &Muslim)

'Apabila imam telah membaca "Aamin"maka bacalah "Aamin", sesungguhnya barangsiapa aaminnya bertepatan dengan bacaan para malaikat diampuni dosa-dosanya yang terdahulu". (Sahih.R.Malik,Ahmad,Bukhari,Muslim & Abu Dawud)

"Datangilah undangan apabila kamu diundang" (Sahih.R.Muslim)

"Allah bersama hakim selama ia tidak zalim,maka apabila ia berlaku zalim ia didampingi terus oleh syaitan" (Sahih.R.Tirmidzi)

"Tuhan amat dekat dengan hambanya apabila dia sedang sujud,maka perbanyakkanlah doa(waktu sujud)." (Sahih.R.Muslim,Abu Dawud & Nasaai)

"Bacalah Al-Quran(sampai khatam)dalam setiap bulan, bacalah dia dalam duapuluh (malam),bacalah dia dalam sepuluh (malam),bacalah dia dalam tujuh (malam) dan janganlah lebih dari itu" (Sahih.R.Bukhari,Muslim & Abu Dawud)

"orang mukmin yang paling utama adalah orang yang murah hati(waktu)menjual,membeli dan membayar atau menuntut(hutang)" (Hasan.R.Thabraani)

99 NAMA

99 NAMA-NAMA TUHAN & FADHILATNYA


AR-RAHMAN : Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan .Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut nama Nya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fikiran tegas serta murah hati .

AR-RAHIM : Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati .

AL-MALIK : Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .

AL-QUDDIS : Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan,Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan .

AS-SALAM : Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

AL-MU'MIN : Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hamba-Nya,peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya , kemudian berikanlah ketenteraman .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan jauh dari bahaya .

AL-MUHAYMIN : Penjaga - Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang , insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar .

AL'AZIZ : Maha Perkasa - Ialah yang tak dapat ditaklukkan .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari , insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.

AL-JABBAR : Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendak-Nya .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya , ataupun terdedah oleh bahaya , kesukaran mahupun kekerasan .

AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaran- Nya sebelum bersetubuh dengan isterinya , insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.

AL-KHALIQ :Pembuat - Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .

AL-BARI' :Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna .

AL-MUSAWWIR :Pereka - Ia reka segala-galanya .Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI',YA-MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan .

AL-GHAFFAR :Pengampun - Ia sangat pengampun .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya .

AL-QAHHAR :Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya , dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain .

AL-WAHHAB :Penganugerah - Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki .

AL-FATTAH :Pembuka - Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya .

AL-'ALIM :Yang Maha Mengetahui - Ia mengetahui segala-galanya.Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci .

AL-QABID :Pengekang - Ia mengekang .Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari , insyaALLAH ia tidak akan kebuluran .

AL-BASIT :Pembesar - Ia berkuasa membesarkan .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya , insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AL-KHAFID :Perendah diri - Yang mengurangkan .Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya
AR-RAFI' :Peninggi - Yang meninggikan .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam,insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya , kekayaannya serta darjatnya .

AL-MU'IZZ :Penghormat - Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun.Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya' setiap hari isnin dan jumaat , insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain .

AL-MUZILL :Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang , insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan memeliharanya .

AS-SAMI' :Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas sembahyang zohor ( tengah hari ) , insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa sahaja kehendaknya .

AL-BASIR :Yang Maha Melihat - Ia melihat segala-galanya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai .

AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.

AL-'ADL :Pengadil - Sesungguhnya adil .Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan mengikut kehendaknya .
AL-LATIF :Pelemah Lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia . Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia .Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan),insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .

AL-KHABIR :Maha Mengetahui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya .Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian .

AL-HALIM :Penyabar - Ianya berkuasa .Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas , setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa .

AL- 'AZIM :Yang Maha Besar - Ia mulia .Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati .

AL-GHAFUR :Maha Pengampun - Ia mengampuni semua hambaNya .Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan sembuh .
ASH-SHAKUR :Yang Bersyukur - Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya .Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali , diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi air dan membasuh mukanya , insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega .

AL-'ALI :Yang Termulia - Ianya yang paling mulia .Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH keyakinannya akan teguh .

AL-KABIR :Yang Maha Besar - Ialah yang paling besar .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan.

AL-HAFIZ :Pemelihara - Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.

AL-MUQIT :Penjaga - Ia menjaga .Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut nama-Nya.

AL-HASIB :Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat .Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya , mulakan menyebut atau membaca nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam . Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib.InsyaALLAH ia akan selamat.

AL-JALIL :Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa .Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar , insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia .

AL-KARIM :Yang Maha Pemurah - Ianya sangat pemurah .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.

AR-RAQIB :Maha Waspada - Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini .

AL-MUJIB :Maha Pengkabul - Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia .Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya , insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .

AL-WASI' :Yang Menyeluruh - Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas.Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik .

AL-HAKIM :Yang Bijaksana - Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke masa),insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya .

AL-WADUD :Yang Maha Penyayang - Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak .Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu , insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai .

AL-MAJID :Yang Maha Mulia - Ianya sangat mulia .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menerima kebahagiaan .

AL-BA'ITH :Pembangkit Semula - Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH .

ASH-SHAHID :Saksi - Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya.Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu , insyaALLAH anak itu akan menurut perintah .
AL-HAQQA :Kebenaran - KeujudanNya tiada perubahan .Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang .

AL-WAKIL :Wali - Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik .Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa , insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH .

AL-QAWI :Paling Kuat - Dia yang terkuat .Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan, insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya .

AL-MATIN :Teguh - Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya .Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya , insyaALLAH kesusahannya akan lenyap .

AL-WALI :Pelindung - Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah .

AL-HAMID :Pujian - Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insyaALLAH akan disayangi dan dipuji .

AL-MUHSI :Penghitung - Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu darinya . Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali , insyaALLAH akan mempunyai kemudahan .

AL-MUBDI :Pengasal - Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh .Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya .

AL-MU'ID :Pemulih - Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk.Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang itu akan pulang dengan selamat .
AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan
Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .

AL-MIMUT :Pencipta Kematian - Dialah yang mencipta kematian .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya .

AL-HAYY :Hidup - Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya .Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang .

AL-QAYYUM :Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta .Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian .

AL-WAJID :Penemu - Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya.Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati .

AL-MAJID :Berhati Mulia - Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan dan dermawan .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan hatinya .

AL-WAHID :Yang Maha Istimewa - Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak ada berteman atau bersifat yang sama dengan sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi , insyaALLAH akan bebas daripada ketakutan serta kebingunan .
AL-AHAD : Yang Tunggal .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AS-SAMAD : Yang Berkekalan - Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan.Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain .

AL-QADIR :Sentiasa Sanggup - Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus sedar akan kebenaran .

AL-MUQTADIR :Berkuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya .Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari kebenarannya .

AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling , insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya .

AL-MU'AKHKHIR : Maha Penagguh - Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya .Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari , insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal . Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya .

AL-AWWAL : Pengawal .Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat .

AL-AKHIR : Yang Akhir .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.

AZ-ZAHIR : Penzahir .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat , insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya .

AL-BATIN : Pembatin .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya .

AL-WALI : Wali atau Pemerintah .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara .

AL-MUTA'ALI : Yang Teramat Mulia - Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan ,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling tinggi.

AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan - Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan .

AT-TAWWAB : Penerima Ketaubatan .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya akan diterima .

AL-MUNTAQIM : Penghukum - Ia menghukum mereka yang bersalah.Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya .

AL-'AFUW :Pengampun - Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat , seolah-olah mereka tidak berdosa .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan .

AR-RA'UF : Maha Pengasih dan Penyayang - Ianya sungguh pengasih dan penyayang.Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dikasihi Allah .

MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dihormati Allah .

DHUL-JALAL-WAL-IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .

AL-MUQSIT :Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan .

AL-JAME' :Pengumpul - Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang .

AL-GHANI :Serba Lengkap .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki .

AL-MUGHNI :Pengmakmur .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun .

AL-MANI' :Pencegah .Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia .

AD-DARR :Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah .Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .

AN-NAFI' :Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari ,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .

AN-NUR :Cahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran serta hati makhluknya .Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH hatinya akan lebih terang .

AL-HADI :Penuntun - Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia .Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani .

AL-BADI :Tiada BandinganNya - Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini . )

AL-BAQI : Yang Kekal .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit , insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan .

AL-WARITH : Waris Agung - Ialah menguasai segala-galanya .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup lama .

AR-RASHID : Pemimpin Ke Arah Kebenaran - Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya kearah kebenaran .Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya , insyaALLAH kesusahannya akan hilang .
AS-SABUR : Penyabar .Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08 Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukansesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kitasebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

13 TIPS UNTUK MEMPERBAIKKI SOLAT

13 - TIPS UNTUK MEMPERBAIKKI SOLAT KITA


Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan., syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.


Seterusnya bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

11) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

12) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

13) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Assalammualaikum....Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidakmenjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wassalam.
5 WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT

5 Syarat untuk buat maksiat...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki i tu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh..."

Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4perkara seketika.?"Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."

2. "Membacalah Sholawat untuk Ku dan para Nabi sebelum aku, maka kamisemua akan memberi syafaat dihari kiamat "

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhaikamu."

4. "Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

Thursday, January 3, 2008

7 FAKTOR KEHANCURAN KELUARGA

7 Faktor Kehancuran Keluarga

Di dalam rumah tangga selalu memiliki rintangan dan penyebab kehancuran, dalam pandangan Psikofitrah ada 7 penyebab kehancuran keluarga. Kehancuran keluarga ditengah masyarakat berarti juga kehancuran satu bangsa sebab keluarga adalah cermin dari satu bangsa.

1. Akidah yang keliru atau sesat, misalnya mempercayai kekuatan dukun,magic dan sebangsanya. Bimbingan dukun dan sebangsanya bukan sajamembuat langkah hidup tidak rationil, tetapi juga bisa menyesatkanpada bencana yang fatal.

2. Makanan yang tidak halalan thayyiba. Menurut hadis Nabi, sepotongdaging dalam tubuh manusia yang berasal dari makanan haram, cenderungmendorong pada perbuatan yang haram juga (qith`at al lahmi min alharam ahaqqu ila an nar). Semakna dengan makanan, juga rumah, mobil,pakaian dan lain-lainnya.

3. Kemewahan. Menurut al Qur'an, kehancuran suatu bangsa dimulaidengan kecenderungan hidup mewah, mutrafin (Q/17:16), sebaliknyakesederhanaan akan menjadi benteng kebenaran. Keluarga yang memilikipola hidup mewah mudah terjerumus pada keserakahan dan perilakumanyimpang yang ujungnya menghancurkan keindahan hidup berkeluarga.

4. Pergaulan yang tidak terjaga kesopanannya (dapat mendatangkan WILdan PIL). Oleh karena itu suami atau isteri harus menjauhi "berduaan"dengan yang bukan muhrim, sebab meskipun pada mulanya tidak ada maksudapa-apa atau bahkan bermaksud baik, tetapi suasana psikologis"berduaan" akan dapat menggiring pada perselingkuhan.

5. Kebodohan. Kebodohan ada yang bersifat matematis, logis dan adajuga kebodohan sosial. Pertimbangan hidup tidak selamanya matematisdan logis, tetapi juga ada pertimbangan logika sosial dan matematikasosial.

6. Akhlak yang rendah. Akhlak adalah keadaan batin yang menjadipenggerak tingkah laku. Orang yang kualitas batinnya rendah mudahterjerumus pada perilaku rendah yang sangat merugikan.

7. Jauh dari agama. Agama dalah tuntunan hidup. Orang yang mematuhiagama meski tidak pandai, dijamin perjalanan hidupnya tidak menyimpangterlalu jauh dari rel kebenaran. Orang yang jauh dari agama mudahtertipu oleh sesuatu yang seakan-akan "menjanjikan" padahal palsu.

Wassalam, Agussyafii

Tuesday, January 1, 2008

TERTAWA DIDUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

TAZKIRAH

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad saw melarang ummatnya dari bergelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa berdekah-dekah, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.

Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, samaada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Wallahualam

MIMPI RASULULLAH SAW TENTANG 'ALAM BARZAKH'

Mimpi Rasulullah saw Tentang "Alam Barzakh"

"Di dalam Sahih Bukhari terdapat satu riwayat daripada Samurah bin Jundub,katanya : Adalah Nabi s.a.w apabila dia selesai dari shalat,dia akan menghadap kami dengan wajahnya seraya berkata : Siapa diantara kamu bermimpi malam tadi ? Apabila ada seseorang yang bermimpi,lalu dia pun menceritakan kepadanya mimpinya itu.Maka baginda akan mengucap ' Masya Allah ' .

Sekali peristiwa,seperti kebiasaannya,Nabi s.a.w bertanyakan kita : Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ? Maka tiada seorang yang bermimpi malam itu.Lalu baginda mengatakan : Tetapi aku telah bermimpi malam tadi.Telah datang kepadaku dua orang lelaki,lalu mereka memimpin tanganku,dan membawaku ke bumi yang suci.Tiba-tiba aku melihat ada seorang yang sedang duduk,dan seorang lagi yang sedang berdiri di tangannya ada sebilah cangkuk besi,dicocokkan ke dalam rahangnya menembus hingga ke belakang tengkok,kemudian dibuatkan ke dalam rahang sebelahnya begitu juga.Sesudah itu luka-luka padanya melekat semula,lalu dia membuat sekali lagi seperti sebelumnya.Begitulah seterusnya dia lakukan ke atas rahangnya itu.

Kata Nabi s.a.w.: Aku bertanya siapa ini ?. Tetapi kedua orang lelaki itu menyuruh aku meneruskan perjalanan.Maka kami pun berjalanlah,hingga kami melihat seorang yang sedang menelentang,dan seorang lagi yang berdiri dikepalanya pada tangannya ada sebilah batu yang besar,maka dihempaskan batu itu ke atas kepala orang yang berbaring itu,lalu berkecailah tengkoraknya dan bergulinglah batu.Orang yang menghempaskan batu itu tadi pergi untuk mengambil batu itu semula.Belum sempat dia kembali kepada orang yang sedang berbaring itu,melainkan semua kecaian dari daging kepalanya telah bersatu semula,dan kepalanya telah sembuh seperti sediakala.Maka orang yang membawa batu itu akan menghempaskan batu itu sekali lagi,hingga berkecailah semula semua daging-daging dikepalanya.

Kata Nabi s.a.w : Aku bertanya apa ini ?.Tetapi kedua orang lelaki itu menyuruh aku meneruskan perjalanan.Maka kamipun berjalanlah,hingga kami sampai ke suatu lobang seperti suatu kawah,mulutnya kecil sedang pantatnya luas,kawah itu sedang tertenggek di atas api,di dalamnya ada ramai orang lelaki dan perempuan bertelanjang bulat,maka lidah api itu mendatangi mereka dari bawah mereka,apabila lidah api itu menghampiri mereka,mereka lari ke atas hingga hampir-hampir merekaakan terkeluar dari kawah itu,kemudian lidah api itu menurun semula,dan merekapun terjatuh ke dasar kawah itu.

Kata Nabi s.aw. : Aku bertanya apa ini ?. Tetapi kedua orang lelaki itu menyuruh aku meneruskan perjalanan.Maka kamipun berjalanlah,hingga kami sampai kesebuah sungai airnya dari darah,di dalamnya ada seorang berdiri,dan ditengah-tengah sungai itu pula ada seorang lain yang di tangannya ada batu.Orang yang didalam sungai itu datang,dan apabila dia mahu keluar,dilempar orang yang satu lagi dengan batu kedalam mulutnya,lalu diambil batu itu dan dikembalikannya semula.Begitulah keadaannya,setiap kali dia ingin keluar dari sungai itu,dia telah dilempar oleh orang yang lain le mulutnya,dan dikembalikan semula batu itu.

Kata Nabi s.a.w : Aku bertanya apa ini ?. Tetapi kedua orang lelaki itu menyuruh aku meneruskan perjalanan.Maka kami pun berjalanlah,hingga kami menemui sebuah taman yang hijau,padanya ada sebuah pohon yang besar di akar-akarnya ada seorang tua dan beberapa orang anak-anak kecil,kemudian ada seorang lain dekat dengan pohon itu,ditangannya ada api yang sedang dihidupkan.

Kemudian kedua orang lelaki itu membawa aku memanjat pohon itu,dan mereka memasukkan aku ke dalam sebuah tempat,yang belum pernah aku melihat sesuatu yang lebih indah daripadanya,di dalam tempat itu ada ramai orang-orang tua dan orang-orang muda.Kemudian kedua orang lelaki itu membawa aku meningkat lagi,lalu mereka memasukkan aku ke dalam sebuah tempat yang lebih indah dan lebih cantik dari yang pertama tadi.Kata Nabi s.a.w : Kamu berdua telah mengelilingkanku ke banyak tempat pada malam ini,kini beritahukanlah aku tentang apa yang telah kulihat itu.Kedua orang lelaki itu pun berkata : Baiklah ! " Orang yang kau lihat mencocok rahangnya itu adalah seorang pendusta.Dia suka berdusta kepada orang.Jadi dilakukan seperti itu hinggalah tiba hari kiamat.Orang yang kau lihat sedang dihempaskan kepalanya ke batu itu ialah seorang yang telah diberikan kepadanya ilmu Al-Quran,maka dia telah tidur nyenyak diwaktu malam meninggalkan Al-Quran,dan tiada mengamalkannya pula diwaktu siang,Jadi dia dibuat begitu hinggalah tiba hari kiamat.""

Adapun orang-orang yang kau lihat mereka didalam kawah itu ialah orang-orang yang berzina.Dan orang yang kau lihat di dalam sungai itu ialah si pemakan riba.Adapun orang-orang tua yang kau lihat di akar-akar pohon itu ialah Ibrahim,dan anak-anak kecil yang disekelilingnya itu adalah anak-anak manusia.Sedang orang yang sedang menghidupkan api itu ialah Malik,penjaga neraka.Tempat yang pertama yang kau lihat itu ialah tempat tinggalo bagi umum kaum Mu'minin.Sedang tempat yang kedua pula ialah tempat tinggal para syuhada.Dan aku ini ialah Jibril,sedang yang ini pula ialah Mikail."Kemudian mereka kata : Sekarang lihat ke atas ! Maka aku pun melihat ke atas,dan aku lihat ada sebuah istana seperti awan-gemawan.Kata mereka : Itulah tempat tinggalmu.Maka kataku : Bawalah aku masuk ke dalam istanaku itu ! Jawab mereka : Umurmu masih ada yang baki,belum kau sempurnakannya lagi.Apabila telah selesai umurmu,niscaya kau akan memasuki istanamu itu ! (selesailah hadis ini).Ini adalah suatu nas yang jelas mengenai siksa di alam Barzakh yang dilihat oleh Nabi s.a.w di dalam mimpinya,sedang mimpi Nabi itu adalah setingkat dengan wahyu yang benar-benar menunjukkan apa yang sedang berlaku pada ketika itu.

Ath-Thahtawi telah menyebut daripada Ibnu Mas'ud daripada Nabi s.a.w. katanya : Diperintahkan ke atas seorang hamba dari hamba-hamba Allah supaya dipukul pada kuburnya sebanyak seratus sebat,maka hamba itu terus-menerus memohon dan berdoa kepada Allah,sehingga diturunkan menjadi sekali sebatan saja,lalu terpancarlah dari kuburnya itu api.Setelah api itu lenyap,diapun bangun dari kuburnya dan bertanya : Mengapa kamu sekalian menyebatku ? Jawab mereka : Kau dahulu pernah bersembahyang tanpa kesucian,dan kau melihat orang teraniaya,tetapi kau tiada menolongnya.

SUDAHKAH KITA BERSIAP SEDIA MENGHADAPI SAKARATULMAUT?

Sudahkah Kita Bersiap Sedia Menghadapi SakaratulMaut

Maut sudah hampir tiba entah bila masa dan saatnya mungkin saat ini, sekarang, tak lama lagi hari ini, pagi ini petang atau malam atau esok atau lusa atau kita sudah hampir lupa atau saja nak meremehkan

sudah kita bersiap sedia...kita pasti akan kembali dengan satu amanah yang akan ditanya dengan amalan yang akan dibawa bukan harta benda yang bertimbun bukan isteri yang cantik anggun bukan suami yang jutawan haprak bukan anak-anak yang mengejar keduniaan bukan itu yang kita bawa......hanya iman dan takwa kepada Allah...

sudahkah kita bersiap-sedia....solat wajib terkadang-kala ditinggal-tinggalkan amalan lain lagilah.......semakin berserabut semakin lara penuh berliku-liku hampir kusam sampai bila kita nak jadi sebegini....

ada orang kata, takpa..usiaku masih muda aku masih gagah dan kuat, masih sehat...aku masih senang dan kaya.....tunggulah aku tua baru aku beramal sebanyaknya tunggulah aku sakit baru aku cuba bertaubat...dan mana mungkin aku jadi miskin..aku dah kaya semuanya serba mungkin......

tapi...

bisakah kita meramal bila maut itu tiba..meragut merobek nyawa kita yang semakin papa papa kedana dan daif penuh kecelaruan dosa

sudahkah kita bersiap sedia.....

nrm 1427

SAIYIDATINA FATIMAH RHA: PENGHULU WANITA SYURGA

Sayidatina Fatimah r.ha : Penghulu Wanita Syurga

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.
Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.

Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.
Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.
"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda.

Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

JALAN KE SYURGA PENUH DURI

JALAN KE SYURGA PENUH DURI

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. .

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus"

Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu sendiri sehingga menjadi kebinatangan.

Akal yang ada pada manusia telah menjadikan kita makhluk yang mulia, berbudaya dan mempunyai tamaddun yang boleh dibanggakan. Manusia mampu mencipta pelbagai alat moden yang canggih-canggih untuk keperluan mereka. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Oleh kerana kemampuan akal inilah maka manusia menjadi makhluk yang paling tinggi dibandingkan dengan haiwan, tumbuhan dan makhluk-makhluk lain.

Walaupun akal satu unsur mulia dianugerah kepada manusia, namun ia sering disalahguna sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kerosakan seperti pergaduhan, rompakan, fitnah, rasuah dan penipuan sama ada di peringkat atas maupun rakyat biasa. Sejarah telah melihat kejatuhan sesuatu tamaddun atau bangsa itu adalah kerana manusia sendiri menggunakan kebijaksanaan akalnya untuk melakukan segala bentuk kejahatan dan penindasan sesama mereka. Mereka sanggup melakukan kezaliman dan penindasan semata-mata untuk menjaga kepentingan sendiri dan kumpulannya. Gejala kronism dan nepotism adalah contoh manifestasi penyalahgunaan akal dalam mengurus diri dan masyarakat.

Apabila akal yang sepatutnya diletakkan di satu kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepatlah apa yang difirmankan Allah bahawa manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata. Manusia begini adalah ibarat bangkai manusia; jasad berlembaga manusia tetapi mempunyai pekerti seperti binatang. Maruah kemanusiaan yang ada pada diri tergadai kerana menurutkan nafsu yang menjadi musuh kepada akal.

Jadi, satu persoalan timbul bagaimana seharusnya kita menjaga akal kita supaya kemanusiaan kita tidak bertukar dari taraf setinggi-tinggi makhluk kepada taraf serendah-rendahnya? Untuk menjelaskan presoalan ini, kita semestinya kembali kepada persoalan siapa yang menjadikan kita dan akal kita. Ringkasnya, manusia mestilah kembali kepada Allah, beriman serta mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Manusia tidak akan sempurna setakat mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sekular dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam teknologi IT atau seumpamanya tanpa disertai dengan keimanan yang teguh terhadap Allah.

Kepercayaan dan keimanan kepada Allah adalah menjadi kesedaran yang tertinggi dan menjadi paksi segala kesedaran dan anutan. Ia akan membangkit atau mendorong manusia melakukan amalan yang baik seperti yang dituntut oleh Allah. Di samping itu pada masa yang sama manusia akan menjauhkan diri dari melakukan sebarang perkara mungkar yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah.

Apabila seseorang mengaku beriman kepada Allah, hendaknya bukanlah setakat ucapan lahir saja. Ia mesti disertakan dengan tidakikut untuk membuktikan kepercayaan itu adalah benar. Selain mempercayai Allah itu ada (wujud) dan Dia adalah pencipta segala yang ada di alam ini, kita harus sedar bahawa Allah adalah pentadbir alam yang menyusun atau mentadbir segala-galanya. Allah sentiasa dalam keadaan sedar mengawasi diri kita setiap saat sama ada yang zahir maupun yang batin. Dia tidak pernah lalai malahan setiap sifat-sifat kesempurnaan ada pada diriNya. Kita juga harus sedar setiap tindakan kita dalam pemerhatian Allah dan kita akan dipertanggungjawapkan di akhirat kelak atas apa yang kita buat sama ada yang besar ataupun yang kecil. Perbicaraan di akhirat adalah maha adil di mana semua anggota badan kita akan menjadi saksi di atas perlakuan kita di dunia ini. Di sana kita dibicara sama ada kita menggunakan akal kurniaan Allah itu untuk kebajikan atau sebaliknya. Mereka yang menang akan ke syurga dan yang kalah akan diseret ke neraka.
Oleh sebab pentingnya akal, sayugia bagi kita menggunakan akal itu untuk tujuan kebaikan. Sebaliknya jika manusia masih membuat bohong, fitnah, mencuri, memukul, rasuah, zina dan lain-lain kejahatan, ingatlah bahawa Allah tetap memerhatikannya dan akan memberikan hukuman yang setimpal dengan kejahatannya.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan bahawa akal yang kita miliki itu dapat membawa kepada keredhaan Allah. Hanya dengan keimanan kepada Allah sahaja yang dapat menyelamatkan diri kita daripada ditimpa kemurkaan Allah. Insyallah bangsa dan negara kita akan selamat jika pemimpin dan rakyat kembali kepada Allah. Ikutlah landasan yang ditetapkan oleh Allah. Gunakan otak dan fikiran untuk meraih keredhaan Allah dan bukan kemurkaanNya. Janganlah keberkatan Ramadhan ini dicemari dengan kata-kata penyebaran fitnah dan tuduhan melulu tanpa asas yang sudah pasti akan membawa kepada kehancuran negara. Ingatlah pesanan ulama: sekiranya timbul perselisihan di muka bumi ini, kembalilah merujuk kepada Islam. Islam adalah agama yang lengkap dan tinggi; tiada satu agama yang dapat menandingi kesempurnaan Islam. Mengapa kita berdegil menjauhkan diri daripada kebenaran? Adakah undang-undang lain lebih syumul dari Islam sendiri? Misalnya dalam Islam, tuduhan zina mesti disertai dengan 4 orang saksi yang menyaksikan perlakuan itu. mengapa kita tidak mengaplikasikannya? Adakah Islam menyuruh kita membawa tilam atau rambut untuk membenarkan tuduhan terrsebut? Di manakah akal yang Allah berikan kepada kita? Adakah kita kata masih beriman kepada Allah sedangkan perlakuan kita jauh lari dari kebenaran. Baliklah kita ke pangkal jalan jika sudah tersesat di hujung jalan. Allah masih menerima taubat kita selagi nyawa belum sampai ke halkum. Lihat apa berlaku kepada Firaun yang bertaubat setelah nyawa akan berpisah dari jasad? Allah tidak menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam neraka yang amat dahsyat seksaannya. Memadailah ini menjadi ingatan kepada kita. Semoga Allah selamatkan kita dan generasi kita dari ditimpa dari azab yang pedih ini.
Amin.

GOLONGAN LELAKI YANG AKAN DITARIK MASUK KEDALAM NERAKA

Golongan Lelaki yang Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

"Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa...selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

2. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Sekian, wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri.