Wednesday, January 16, 2008

AKHLAK IBARAT BUNGA D TAMAN

AKHLAK IBARAT BUNGA D TAMAN

Akhlak adalah perkara penting selepas Iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekerti (Akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetapi tidak akan dinilai.

Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah swt. Contoh akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah saw. Allah telah berfirman bermaksud “Sesungguhnya engkau yakni Muhammad mempunyai akhlak yang sangat mulia” Surah Al-Qalam-ayat 4

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan.

Seseorang yang mempunyai badan sihat,gagah,tampan,menarik,berilmu,kaya atau berpangkat kalau mempunyai akhlak buruk dan perangai jahat tak ubah seperti harap muka yang cantik, tetapi mempunyai kesan guris luka yang berpanjangan.

Akhlak mulia atau hina terbit daripada jiwa atau hati. Jiwa seseorang itu saja yang akan menjadi pendorong menggerakan perbuatan yang baik atau tercela.

No comments: