Islam dan aqidahnya telah lama wujud, sejak wujudnya manusia pertama Adam as sampailah ke hari ini. Islam adalah Syariat hidup manusia yang diperakui oleh Allah akan kesempurnaannya yang tidak berbanding. Syariat Islam, akidah Islam bersama dengan ilmu Allah telah berkembang dari satu dekad ke satu dekad sampailah ke tahap yang paling lengkap dan sempurna di zaman Rasulullah saw.
Sesungguhnya pencapaian ilmu Allah adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata mata berlandaskan kepada kajian dan kepintaran otak fikiran ke tahap ilmu Qalam. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ilmu Ghaib dan ilmu Syuhadah.
Ilmu Qalam boleh di kuasai oleh seluruh manusia, Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. Tetapi melalui mengenali diri dan mengenali Allah dengan sebenar benarnya, umat Islam boleh menguasai ilmu yang lebih tinggi ya’ni ilmu Ghaib dan ilmu Syuhadah. Peluang teristimewa yang di kurniakan Allah kepada Islam inilah yang sebenarnya meletakkan tahap umat Islam kesuatu darjat yang paling tinggi. Kemuliaan yang teragung jika dibandingkan dengan manusia kafir dan kufur.
Sabda Rasulullah: - “Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah.”
Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberiNya ilmu kepada manusia melalui aqal dan iman, dengan satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, yaitu untuk berbakti kepada Nya dan untuk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat asma’ dan afa’alNya.
Sesungguhnya semua ilmu yang ada pada manusia adalah ilmu Allah semata mata, sedangkan pada hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah saja yang empunya.
Adapun ilmu Allah terbahagi kepada 3:-
1. Ilmu Qalam
2. Ilmu Ghaib
3. Ilmu Syahadah
Ilmu Qalam
Satu ilmu yang boleh dipelajari oleh manusia biasa untuk memahami sesuatu hal yang zahir dan logik semata mata di alam maya. Tahap ilmu ini hanya boleh di kuasai oleh pancaindera yang tujuh, dan di fahami hanya oleh diri manusia itu sendiri sahaja. Ia tidak boleh menerangkan hal pengalaman ilmunya ini kepada orang lain. Contohnya menerangkan bagaimana rupa warna merah kepada orang buta. Manusia yang berjaya membuat kajian atom tidak mengerti apa dia atom itu sebenarnya.
Sebenarnya Ilmu Qalam adalah satu ilmu perhubungan manusia dengan manusia sahaja di dalam menghadapi kehidupan seharian. Dan ilmu Qalam di ajar oleh guru zahir sahaja.
Jadi bagaimana halnya untuk memperkenalkan diri Allah swt yang bersifat bersalahan dengan benda benda lain. Memandangkan hal ini Allah telah mengujudkan Ilmu Ghaib yang mempunyai daya untuk menerangkan sesuatu yang tidak boleh diterangkan oleh ilmu Qalam.
Ilmu Ghaib
Ilmu Ghaib adalah satu ilmu yang pengetahuannya amat luas sekali sehingga tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia. Ia hanya boleh diterima oleh alat yang bernama aqal dan iman seseorang itu. Daya pengetahuan ilmu ini merangkumi bidang dunia, alam ghaib dan semua bidang bidang yang berkaitan dengan ketuhanan dan diri manusia. Tahap kekuatan ilmu ghaib adalah menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta apa apa saja yang ada diantara kedua dua nya. Ilmu Ghaib ini meliputi Alam Saghir atau Alam Kabir.
Ilmu Ghaib hanya boleh di ajar sepenuhnya oleh guru ghaib. Dalam hal pengajaran dan pengajian ilmu ini, guru zahir hanya bertindak sebagai penasihat mengikut pengalaman mursyidnya di dalam bidang hakiki dan makrifat terhadap seseorang yang menerima Ilmu Ghaib.
Guru ghaib yang mengajarkan ilmu ghaib ini adalah terdiri dari wali wali Allah yang ghaib, para nabi dan rasul rasul.
Ilmu Ghaib hanya di ajar dan diperolehi oleh dua golongan manusia:
1. Manusia yang dipilih sendiri oleh Allah untuk dikurniakan dengan ilmu ghaib melalui satu cara penyampaian yang diberi nama LADUNI. Bagi mereka ini mereka akan terus diajar akan ilmu ghaib oleh guru guru ghaib.
2. Mereka yang menemui jalan hakikat kepada Allah swt menerusi dengan cara berguru dengan guru guru hakikat dan makrifat serta mursyid yang mengetahui akan hakikat dan makrifat dan kemudiannya semasa menerima petua petua dari guru (penasihat) nya tadi serta pula beramal dengan segala petua gurunya itu. Maka orang tersebut kemudiannya mendapati LADUNI melalui perantaraan guru ghaib yang terdiri daripada wali wali Allah, nabi nabi dan rasul rasul.
Bermula cara untuk mendapatkan ilmu ini, maka seseorang itu hendaklah menyucikan jiwanya dan membersihkan diri terhadap Allah swt, melalui mengamalkan kaedah kaedah hakikat, iaitu jalan menuju kepada Allah swt dan dengan cara jalan mengenal diri mengikut kaedah kaedah tasauf atau jalan jalan orang orang saufi.
Oleh kerana ilmu ini hanya boleh dicapai oleh aqal dan iman sahaja, maka seseorang murid hendaklah mendapat aqal terlebih dahulu dalam hidup nya. Aqal ini hanya boleh di hasilkan oleh hati orang orang mukmin terhadap Allah swt sahaja, dengan menghancurkan ketulan darah kotor di hujung jantung mereka yang menjadi tempat istana iblis. Maka akan terpancarlah satu Nur dari dalam jantung iaitu Nurkalbun. Sesungguhnya cahaya ini sebenarnya adalah qalbu orang mukmin, Qalbul Mukminu Baitullah, (ertinya hati orang orang mukmin itu adalah Istana Allah).
Yang bernama Aqal dan dengan adanya Aqal ini maka manusia tersebut akan mempunyai Iman iaitu keyakinan hakiki terhadap sesuatu atau penerimaannya secara mutlak tanpa sifat was was syak dan waham terhadap sesuatu yang diterima melalui ilmu ghaib. Walaupun ianya itu tidak boleh diterima oleh logik fikiran manusia.
Kadar kuasa penerimaan terhadap ilmu ghaib yang luas ini adalah bergantung terus kepada kadar tahap kesucian hati dan jiwa manusia tersebut disamping mengikut kadar yang dikurniakan sendiri oleh Allah terhadap mereka. Makin suci hati seseorang itu dengan Allah, semakin tinggilah pula tahap penerimaan ilmu ghaib ini.
Pengetahuan ilmu ghaib ini dapat dilihat dengan mata basir dan dapat mendengar dengan telinga batin dan dapat pula kelazatan ilmu ini dirasai oleh hati (qalbu) hakiki yang dimilikki oleh orang orang ariffinbillah.
Bagi mereka yang dapat menguasai dan menyelami sendiri alam ilmu Ghaib, maka sudah pasti mereka dapat menjelajahi seluruh Alam Maya. Tujuh petala Langit dan tujuh petala Bumi. Mereka juga diberi peluang untuk menjelajahi di alam lain termasuk alam Barzah, Syurga dan Neraka, Arash dan Qursi Allah swt. Ini adalah alam alam yang jauh terkeluar daripada garis garis tahap fikiran manusia. Rasulullah saw menyifatkan orang yang berjaya mencapai peringkat Ghaib ke jalan Hakiki dan Makrifat dengan Allah ini sebagai orang Mati Sebelum Mati. Jiwa mereka sering tenang di samping Tuhannya semasa hidup nya di dunia dan di alam Akhirat nanti.
Jikalau nabi dan rasul rasul Allah menerima wahyu dari Tuhannya dengan 9 cara, maka ilmu ghaib diajar kepada orang orang tertentu melalui jalan LADUNI dengan 5 cara:-
1. Dengan cara Nor
2. Tajali
3. Sir
4. Sirusir
5. Tawassul
1. Cara Nor
Cara ini biasanya dapat diterima oleh seseorang yang sedang menjalani Tarikat Tasauf. Biasanya ianya dihantar melalui sebuah mimpi yang dialami seseorang yang mengamal Tarikat Tasauf. Mimpi ini dihantar secara kiasan ataupun secara terang terang.
Bila seseorang murid didalam tidurnya bermimpi maka adalah menjadi kewajipan nya merujukkan hal mimpinya kepada gurunya untuk mendapatkan pentafsiran.
Dan bagi seorang guru yang mursyid dan berpengalaman sudah tentu dapat menerangkan maksudnya, makna dan hujung jatuh sebuah mimpi yang diterima oleh anak muridnya.
Didalam sebuah mimpi tersebut, orang orang Tasauf telah diberi kiasan dengan satu peristiwa yag berlaku didalam mimpinya ataupun guru Ghaib yang terdiri dari Rasul Rasul Nabi dan Wali Wali Allah datang mengajar sesuatu kepadanya didalam mimpi tersebut.
Maka dengan jalan mendapatkan mimpi tersebut orang orang yang menjalani Tasauf dapat menerima ilmu Ghaib.
2. Cara Tajali
Tajali bolehlah ditaarifkan sebagai penjelmaan buah fikiran daripada perasaan “Zok” semasa mereka menjalani latihan Tarikat Tasauf.
Dengan mengalami “Zok” terhadap Allah swt tersebut maka terlatahlah dari mulut atau terbit daripada akalnya suatu pengetahuan baru yang tidak pernah didengar dan diperkatakan oleh mereka sendiri sebelumnya.
Misalnya terbacalah dia sepotong doa, sedangkan selama ini orang tersebut tidak pernah pun membaca doa sedemikian.
Biasanya seseorang yang sedang mengalami tajalli, sering timbul dikepalanya banyak persoalan dan dikemukakan soalan soalan tersebut kepada dirinya sendiri, kemudian didapatinya satu satu jawapan yang tepat dan memuaskan hatinya, walaupun soalan dan jawapan yang diperolehinya itu tidak pernah dialaminya sebelum ini. Malahan bila dilihatnya sesuatu, maka secara tidak di sengajakannya timbul dihatinya suatu ilham dan minat untuk mengkajinya. Maka disinilah terbitnya soalan, kajian dan jawapan dari akalnya sendiri.
Di dalam menghadapi Tajali ini seseorang itu hendaklah merujuk hal itu kepada gurunya bagi mendapat penerangan yang lebih jelas. Dengan rasa Tajali ini seseorang itu akan memperolehi ilmu Ghaib.
3. Cara Sir
Adapun Sir itu adalah satu jalan penyampaian ilmu Ghaib secara rahsia. Ianya hanya dapat di rasai dan didengar oleh seseorang itu secara mutlak.
Biasanya seseorang yang sedang menjalani alam Tasauf dapat menerima sir ini dari masa ke semasa. Lazimnya melalui pendengaran Telinga Batin.
Dimana seseorang itu akan mendengar suatu suara yang datang kepadanya. Suara tersebut akan memberitahu sesuatu yang mengajar ilmu Ghaib dengan terang dan jelas. Bisikan tersebut akan dirasai berserta dengan satu kelazatan nya tersendiri.
Cara Sir ini biasanya juga dinamakan Radio atau Telefon. Suara suara tersebut adalah daripada suara Wali Wali Allah yang agung. Yang mengajar seseorang itu tentang ilmu Ghaib.
Bila sahaja Sir diterima, murid hendaklah membentangkan hal ini kepada gurunya bagi tujuan penerangan yang lebih jelas terhadap apa yang diperolehi dari guru Ghaib tadi.
4. Cara Sirusir
Cara Sirusir adalah merupakan satu jalan penyampaian ilmu Ghaib dengan cara rahsia di dalam rahsia.
Murid dapat melihat dengan Mata Basir dan dapat mendengar dengan Telinga Batin tentang satu satu peristiwa yang berlaku atau telah berlaku, atau pengajaran ilmu Ghaib mereka, dan menikmati satu kelazatan tersendiri. Ianya boleh diibaratkan seperti TV atau TV Phone.
Hendaklah murid merujukkan hal ini kepada gurunya supaya satu penerangan dapat diberikan.
5. Cara Tawassul
Cara Tawassul adalah dengan cara penjelmaan oleh guru atau Wali Wali Allah yang Ghaib kepada murid yang menjalani Tasauf. Mereka bertemu dalam keadaan hidup hidup. Bukan dalam mimpi tidur atau sebagainya.
Mereka datang memperkenalkan diri dan tujuan, dan akan mengajar ilmu Ghaib secara langsung, jelas dan terang. Murid dapat memahaminya tanpa ragu ragu, dan boleh berinteraksi dengan guru Ghaib ini.
Kadang kadang penjelmaan ini boleh dilihat oleh orang ramai yang berdekatan.
Kedatangan mereka adalah merupakan satu penghormatan kepada ahli Tasauf atau Saufi dan dengan itu terbentuklah satu perhubungan diantara dua dua pihak.
Dimana seseorang itu akan mendengar suatu suara yang datang kepadanya. Suara tersebut akan memberitahu sesuatu yang mengajar ilmu Ghaib dengan terang dan jelas. Bisikan tersebut akan dirasai berserta dengan satu kelazatan nya tersendiri.
Cara Sir ini biasanya juga dinamakan Radio atau Telefon. Suara suara tersebut adalah daripada suara Wali Wali Allah yang agung. Yang mengajar seseorang itu tentang ilmu Ghaib.
Bila sahaja Sir diterima, murid hendaklah membentangkan hal ini kepada gurunya bagi tujuan penerangan yang lebih jelas terhadap apa yang diperolehi dari guru Ghaib tadi.
4. Cara Sirusir
Cara Sirusir adalah merupakan satu jalan penyampaian ilmu Ghaib dengan cara rahsia di dalam rahsia.
Murid dapat melihat dengan Mata Basir dan dapat mendengar dengan Telinga Batin tentang satu satu peristiwa yang berlaku atau telah berlaku, atau pengajaran ilmu Ghaib mereka, dan menikmati satu kelazatan tersendiri. Ianya boleh diibaratkan seperti TV atau TV Phone.
Hendaklah murid merujukkan hal ini kepada gurunya supaya satu penerangan dapat diberikan.
5. Cara Tawassul
Cara Tawassul adalah dengan cara penjelmaan oleh guru atau Wali Wali Allah yang Ghaib kepada murid yang menjalani Tasauf. Mereka bertemu dalam keadaan hidup hidup. Bukan dalam mimpi tidur atau sebagainya.
Mereka datang memperkenalkan diri dan tujuan, dan akan mengajar ilmu Ghaib secara langsung, jelas dan terang. Murid dapat memahaminya tanpa ragu ragu, dan boleh berinteraksi dengan guru Ghaib ini.
Kadang kadang penjelmaan ini boleh dilihat oleh orang ramai yang berdekatan.
Kedatangan mereka adalah merupakan satu penghormatan kepada ahli Tasauf atau Saufi dan dengan itu terbentuklah satu perhubungan diantara dua dua pihak.
No comments:
Post a Comment