Sunday, January 25, 2009

TIDAK SOLAT

TIDAK SOLAT


"Solat adalah ibadat terpenting dan asasi dalam syariat Islam. Ibadat pertama yang akan dihisab adalah sembahyang.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua bersama-sama orang-orang yang rukuk.” ( Al-Baqara, 43 ) Solat juga disebut sebagai tiang agama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.,

“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka ia telah meruntuhkan agama.” (riwayat Al-Baihaqi) Apa yang malangnya di akhir zaman ini ramai dikalangan umat Islam yang tidak sembahyang, samaada remaja mahupun orang dewasa.

Bagi mereka, hidup beragama hanya sekadar beberapa kepercayaan dan melakukan beberapa upacara seperti berkhatan, doa selamat, akad nikah , hariraya dan lain -lain syiar sahaja. Inilah bahagian akhir matlamat gerakan secular dan Islam liberal, menjadikan umat Islam jauh dari ibadat agama nya sendiri. Kenyataan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun pada Mei 2006 , berasaskan kepada kajian oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bahawa lebih 51,000 atau kira-kira 34 peratus daripada 149,000 pelajar tahun dua hingga enam di negeri ini didapati tidak tahu jumlah rakaat setiap solat lima waktu.

Ini bermakna mereka tidak tahu sembahyang. Dan jika ditanya bilangan mereka yang tidak sembahyang mungkin angkanya sangat menyayat hati. Bilangan remaja ke masjid dan surau terlalu sedikit. Mereka telah dilalaikan dan dijampi dengan hiburan melulu. Hiburan , nyanyian dan sukan telah mengheret remaja menjauhkan solat dan ilmu Islam. Segala tumpuan , hati, akal dan persaan mereka telah dikunci dari mengingati Allah.

Dalam mencari penyelesaian kepada isu ini kita tiada pilihan kecuali ibu bapa mesti memainkan peranan dalam membentuk generasi anak soleh dan solehah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (bersih), ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi.” (riwayat Bukhari dan Muslim). Pendidikan solat mestilah dimulakan sejak awal usia lagi. Bermula dari melihat contoh ibubapa mereka bersolat hingga kepada perintah dan larangan, sebagaimana sabda Nabi saw., “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang sejak umurnya tujuh tahun dan apabila berumur 10 tahun, pukullah mereka jika mereka tidak sembahyang.” (riwayat at-Tirmidzi).

Membiasakan kanak–kanak bersembahyang adalah penting supaya mereka membesar menjadi remaja yang sebati dengan sembahyang. Walaupun bermula dengan mereka tidak memahai apa yang dilakukan dan dibaca, tetapi secara beransur– ansur ditanam kefahaman.

Mendidik anak kecil mendirikan solat memang meletihkan. Samalah seperti kita mengasuh dalam hal – hal lain. Mudah-mudahan setiap titik peluh dan kesabaran kita akan diberi ganjaran oleh Allah . Janganlah kita menjadi seperti sesetengah ibubapa yang amat perihatin tentang persekolahan anak mereka terapi tidak ambil peduli samaada anak mereka pandai sembahyang atau tidak. Jadikanlah mereka insan yang seimbang di dunia dan akhirat.

NRZM INOVASI

nrzm_6865@yahoo.com






No comments: